Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU

PASTI Kawasan Kangar mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik samada di Perlis mahupun seluruh Malaysia.



"Selamat Menyambut Hari Guru" kepada semua barisan pendidik serta pengorbanan yang dilakukan mereka selama ini tidak dapat dibalas.
Kelangsungan generasi masa hadapan bergantung kepada Perjuangan para guru 
Gurulah yang mampu membangkitkan momentum perjuangan ke arah  melahirkan masyarakat yang mengharapkan keredhaan Ilahi


SELAMAT HARI GURU

Saturday, April 9, 2011

SukPA Kawasan Kangar

Pesta Sukan PASTI (SukPA) Kawasan Kangar telah diadakan pada 9 April 2011 bertempat di D'Futsal Centre.

Pelbagai acara telah dipertandingkan selain Bola sepak dan Bola jaring.Acara yang telah dipertandingkan adalah Jalan King Kong, Lontar Jamrah, Limbo Rock, Rakit Darat, Jalan Tempurung dan Menyusun Suku Kata.

Bagi pelajar-pelajar yang tidak terlibat di dalam pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring.Mereka terlibat di dalam Peraduan Mewarna.

Pesta Sukan PASTI kali ini dirasmikan oleh Ustaz Yaakub bin Abu Seman, Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis.

Johan Bola Sepak & Bola Jaring,kedua-duanya dibolot oleh PASTI Al Islah.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang serta AJK-AJK yang terlibat di dalam memastikan kelancaran Pesta Sukan PASTI kali ini.











Sunday, April 3, 2011

Pesta Sukan

Pesta Sukan PASTI Kangar akan diadakan pada 9 April 2011 bertempat D'Futsal Centre, Jalan Kangar-Padang Besar.Pelbagai Acara akan dipertandingkan.Jom kita memeriahkannya..


Monday, February 14, 2011

2 perkara yang Membuat Kita Tidak Bersyukur Dengan Keadaan Kita Sekarang



Pertama :

Kita sering memfokuskan diri pada apa yang kita inginkan, bukan pada apa yang kita miliki.

Katakanlah anda telah memiliki sebuah rumah, kenderaan, pekerjaan tetap, dan pasangan yang terbaik. Tapi anda masih merasa kurang. Fikiran anda dipenuhi target dan keinginan.

Anda begitu teruja oleh rumah yang besar dan indah, kereta mewah, serta pekerjaan yg mendatangkan lebih banyak wang.

Kita ingin ini dan itu. Bila tidak mendapatkannya kita terus memikirkannya. Tapi anehnya, walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati kesenangan.

Kita tetap tidak puas, kita ingin yang lebih lagi. Jadi, betapa pun banyak yang kita miliki, kita tak pernah menjadi "KAYA" dalam erti yang sesungguhnya.


Mari kita perbetulkan pengertian kita mengenai orang ''kaya''.

Orang yang ''kaya'' bukanlah orang yang memiliki banyak hal, tetapi orang yang dapat menikmati apa pun yang mereka miliki.

Tentunya boleh sahaja kita memiliki keinginan, tapi kita perlu menyedari bahawa inilah akar perasaan tidak tenteram.

Kita dapat mengubah perasaan ini dengan memfokuskan pada apa yg sudah kita miliki. Cubalah lihat keadaan di sekeliling Anda, fikirkan yang Anda miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan nikmatnya hidup.

Pusatkanlah perhatian Anda pada sifat-sifat baik kepada manusia, pasangan, dan orang-orang di sekitar Anda. Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.

Seorang pengarang pernah mengatakan, ''Menikahlah dengan orang yang Anda cintai, setelah itu cintailah orang yang Anda nikahi.'' Ini perwujudan rasa syukur.



Perkara kedua yang sering membuat kita tidak bersyukur adalah :

Kecenderungan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain. Kita merasa orang lain lebih beruntung.

Kemana pun kita pergi, selalu ada orang yang lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih percaya diri, dan lebih kaya dari kita.


Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki. Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.

Ada sebuah kisah mengenai seorang ibu yang sedang terapung di laut kerana kapalnya karam, namun tetap berbahagia.

Ketika ditanya kenapa demikian, ia menjawab,

''Saya mempunyai dua anak lelaki yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di tanah seberang."

"Kalau saya selamat, saya sangat bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak kedua saya. Tetapi kalau pun mati tenggelam, saya juga akan berbahagia kerana saya akan berjumpa dengan anak pertama saya di surga.''



Bersyukurlah!

Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu ...
Kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar ...

Bersyukurlah untuk masa-masa sulit ...
Di masa itulah kamu tumbuh ...

Bersyukurlah untuk keterbatasanmu ...
Kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang ...

Bersyukurlah untuk setiap ujian yang baru menjelma ...
Kerana itu akan membangun kekuatan dan peribadimu ...

Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat ...
Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga ...

Bersyukurlah bila kamu lelah dan letih ...
Kerana itu kamu telah membuat suatu perbezaan ...

Mungkin mudah untuk kita bersyukur akan hal-hal yang baik ...
Hidup yang berkelimpahan datang pada mereka yang juga bersyukur akan masa susah ...

Rasa syukur dapat mengubah hal yang negatif menjadi positif ...
Temukan cara bersyukur akan masalah-masalahmu dan semua itu akan menjadi berkat bagimu ...

Tuesday, February 8, 2011

GAMBAR-GAMBAR KURSUS SIJIL PERGURUAN PASTI

Kursus Sijil Perguruan PASTI (KSPP) Siri 1 telah diadakan pada 3 hingga 4 Februari 2011 di Chalet Bukit Ayer, Sg Batu Pahat.Seramai 25 peserta dari kalangan guru-guru PASTI yang telah berjaya meneruskan kursus daripada Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP)



Sumber: klik

Friday, January 21, 2011

Senarai PASTI Kawasan Kangar 2011


Assalamualaikum wrbth,

Tahun 2011 merupakan tahun revolusi bagi PASTI Negeri Perlis dengan pedagogi yang telah di rancang malah pelaksanaan telah berjalan seperti yang termaktub di dalam Rancangan PASTI Negeri Perlis (RPnP) yang telah di bengkelkan pada bulan Disember 2010 yang lalu,semoga segala perancangan ini akan berjalan selari dengan perkembangan dan pemintaan semasa.

Berikut adalah senarai PASTI Kangar:


KAWASAN KANGAR

1. PASTI Al- Hidayah

2. PASTI Al-Muttaqin

3. PASTI Ad-Deen

4. PASTI Bestari Al-Islah

5. PASTI Bestari Taman Utama

6. PASTI Tarbiyatul Atfal

7. PASTI As-Solihin

Sunday, January 2, 2011

Rehlah dan Sukaneka Guru-Guru Pasti Negeri Perlis di Langkawi

Acara ini memerlukan daya kepantasan dan teknik melihat yang mana harus di dahulukan


Anak-anak Pasti yang ceria...


Memerlukan semangat kerjasama dan yang paling penting adalah mengikut arahan ketua


Cabaran yang paling sukar untuk meneka dengan mata diikat dan belon terselit di celah-celah dedaun,harus teliti dan peka pada sentuhan.


Acara ini mencari guru-guru yang paling sensitif pendengarannya di samping guru-guru di susun mengikut tahap kelantangan suara,teknik ini membina guru-guru kearah latihan mengajar semasa di dalam kelas


Ulasan dan kesimpulan dari Sdr Mior Hassan selaku Ketua Unit Latihan dan Kepimpinan Pasti Negeri Perlis kepada guru-guru Pasti

Sunday, October 24, 2010

Lawatan Penaziran 3K PASTI Malaysia

Hari ini (24.10.10 - Ahad) PASTI Perlis menerima lawatan daripada Penaziran PASTI Malaysia di dalam penaziran finalis 3K Peringkat Kebangsaan.

PASTI yang mewakili Negeri Perlis pada tahun 2010 ini adalah PASTI Taman Utama.



Gambar Kenangan bersama AJK Penaziran PASTI Malaysia

Kredit : PASTI Perlis

Thursday, October 14, 2010

ALAM RIA PASTI NEGERI PERLIS



Alam Ria PASTI Negeri Perlis
pada 16.10.10 bertempat Balai Islam MADI,
jam 8.30 pagi.

Semua lapisan masyarakat dijemput hadir memeriahkanya...

Tuesday, October 5, 2010

IHTIFAL PASTI


Ihtifal PASTI Kawasan Kangar
pada 9.10.10 bertempat Balai Islam MADI,
jam 8.30 pagi.

Semua lapisan masyarakat dijemput hadir memeriahkan ihtifal tersebut

Wednesday, March 10, 2010

Grand Prix Futsal


Tarikh : 4 April 2010 ( Siri Pertama)
Tempat : De Futsal, Kangar
Yuran Penyertaan : RM 70
7orang per kumpulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...