Saturday, November 14, 2009

Konvokesyen PASTI

Majlis Konvokesyen Kawasan Kangar & Padang Besar berlangsung di MADI pagi tadi dengan meriahnya.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Saudara Mohd Sahir bin Ab Raman
Satu kelainan di dalam Majlis Konvokesyen kali ini adalah pesembahan Nasyid dari Alumni PASTI.Kumpulan tersebut turut menjadi muzik latar sepanjang Majlis Penyerahan Skrol berlangsung.

Majlis Hi Tea PASTI

Majlis Hi Tea PASTI telah berlangsung pada 13 Nov (Jumaat) pada pukul 5.00 petang.Majlis telah diserikan dengan kedatangan Ybhg Saudara Suhaizan bin Kaiyat dan YB Drs Khalil Idham Lim.

Menurut YB Khalil Idham Lim, PASTI merupakan satu institusi pendidikan yang mampu memasyarakatkan melalui apa yang diajar di dalam PASTI.PASTI telah diakui oleh pendidikan kebangsaan sebagai Kurikulum Pra Sekolah Islam Terbaik di Malaysia.Inilah merupakan aset dan ikon PASTI yang sebenar.

Wednesday, November 11, 2009

HULURKAN TANGAN


Penyelia Kawasan Kangar, Pengerusi PASTI Kawasan Kangar,2 orang guru dan Pengarah PASTI Negeri serta Bendahari PASTI Negeri melawat seorang pelajar PASTI Tarbiyatul Atfal, Kangar, Perlis.Adik Nur Najihah bt Kamal 5tahun.Baru selesai daripada pembedahan.

Adik Najihah mengalami pendarahan dalam otak akibat terjatuh di rumahnya.Dalam term medik "Intracranial hemorrhage".Koma selama 2minggu.Isnin depan genap 3miggu Adik Najihah berada di hospital.Keputusan terperinci belum diketahui kerana Doktor Pakar 2minggu lagi baru ada.

Jika Hospital Kangar, Perlis tidak mampu melakukan, Adik Najihah akan dihantar ke General Hospital, Penang. Keadaan Adik Najihah sekarang, sudah sedar cuma sebelah kiri badan agak lemah.Bahagian tempurung kanan diletak behampiran perut, bagi mengelakkan sel mati sebelum pembedahan seterusnya dilakukan.

Jika sesiapa berhajat ingin menolong Adik Najihah.Bolehla bank in ke dalam Akaun Maybank 152068825019.Dan maklumkan jumlahnya untuk rekod. (0134804310).Marilah kita sama-sama hulurkan tangan, ringankan beban keluarga Adik Najihah

Tuesday, November 10, 2009

Hi Tea & KONVOKESYEN PASTI KAWASAN

PASTI Kawasan Kangar & Padang Besar akan menganjurkan Hi-Tea pada 13 Nov (Jumaat) pukul 5 petang.Ia bertujuan bagi mengutip sumbangan sempena Pesta Konvokesyen yang bakal diadakan keesokkan harinya.

Tetamu undangan pada petang tersebut : YB Drs Khalil Idham Lim & Saudara Suhaizan Kaiyat.

Kupon hanya bernilai RM 10.Boleh diperolehi melalui PASTI kedua-dua kawasan dan juga boleh dapatkan daripada Pemuda Kangar & Padang Besar

**************************************************************

PASTI Kawasan Kangar akan mengadakan Konvokesyen PASTI Kangar.Ia adalah kerjasama 2 kawasan iaitu Padang Besar & Kangar.
Konvokesyen akan di adakan seperti berikut :

Tarikh ; 14 Nov 20009
Masa; 8.30 pg
Tempat: Balai Islam MADI

Sunday, November 1, 2009

PASTI Tarik Pelajar Tahun 1 kembali ke Kelas PASTI


KOTA BHARU, 28 Okt: Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) Malaysia akan memperkenalkan Kurikulum Kaafah (Kurikulum Asas Fardhu Ain dan Asas Fardhu Kifayah) dalam kurikulum pembelajaran Pasti.

Pengarahnya, Azrin Abd Majid berkata, kurikulum baru bermatlamat menarik semula kanak-kanak lepasan Pasti yang berada di tahap satu kembali semula ke Pasti.

"Mereka boleh mendapat pendidikan lanjutan dalam bentuk modul pendidikan Islam dan juga akademik selama 30 minggu setahun,"katanya di sini.

Katanya, pelancaran kurikulum itu nanti akan mencetuskan sejarah baru buat Pasti.

Menurutnya kurikulum Kaafah juga merupakan konsep usrah atau tuisyen kepada anak-anak yang berusia seawal tujuh tahun.

Beliau juga berkata, sambutan terhadap Pasti begitu menggalakkan termasuk anak-anak bukan Islam dihantar belajar di kelas Pasti.

"Kita juga menubuhkan Pasti khusus untuk anak-anak orang bukan Islam seperti di Kuala Kangsar, Perak iaitu anak-anak orang India yang tinggal di ladang di negeri itu.

"Kami juga mewujudkan Pasti di Bagan Nakhoda Omar Kelang, Selangor di mana seramai 20 pelajar anak kaum Tionghua,"katanya.

Manakala di Kelantan terdapat Pasti yang dibuka di kampung penduduk Siam.

Kata beliau Pasti membuka Pasti yang 'multiratio' bagi memberi pendidikan khusus kepada anak-anak di kawasan penduduk pelbagai kaum.

Beliau juga berkata, cabaran dengan wujudnya kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan projek Permata Negara pada peringkat awal ada sedikit kesan kepada Pasti.

"Namun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini Pasti menunjukkan lonjakan pertambahan pelajar yang sangat menggalakkan.

"Jelas berlaku pertambahan bilangan pelajar dengan adanya kerajaan Pakatan," katanya.

Mengenai sambutan 25 Tahun Pasti Malaysia, beliau berkata objektif sambutan itu bagi menghargai tenaga pencetus dan penggerak zaman awal penubuhannya.

Katanya, pencapaian Pasti selama 25 tahun dapat merapatkan ukhuwah di kalangan saf kepimpinan Pasti Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.

Sambutan itu akan diadakan 30 dan 31 Oktober ini bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV.

Perasmiannya akan dilakukan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Manakala pada malamnya akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahmuf Omar; Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaludin.

Dan pada 31 Oktober diadakan perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pasti Malaysia.

Gambar Sepanjang Sambutan Jubli Perak PASTI

Perasmian Sambutan Jubli Perak PASTI oleh YAB Menteri Besar Kelantan Darul Naim
Beroleh tempat ke-2 di dalam Gubahan Tembikai.Tahniah

PASTI Negeri Perlis menjadi Finalis 5 Pertandingan 3K (Keceriaan,Kebersihan & Keselamatan).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...