Wednesday, December 23, 2009

PASTI Baru Sesi 2010


PASTI Kawasan Kangar akan membuka satu lagi PASTI baru pada sesi 2010.PASTI tersebut adalah PASTI Al Qayyum.Ia berada dibawah Cawangan Repoh,Sena.


PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2010

Maklumat Lanjut, sila hubungi : 019-4783992, 017-5803940

Saturday, November 14, 2009

Konvokesyen PASTI

Majlis Konvokesyen Kawasan Kangar & Padang Besar berlangsung di MADI pagi tadi dengan meriahnya.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Saudara Mohd Sahir bin Ab Raman
Satu kelainan di dalam Majlis Konvokesyen kali ini adalah pesembahan Nasyid dari Alumni PASTI.Kumpulan tersebut turut menjadi muzik latar sepanjang Majlis Penyerahan Skrol berlangsung.

Majlis Hi Tea PASTI

Majlis Hi Tea PASTI telah berlangsung pada 13 Nov (Jumaat) pada pukul 5.00 petang.Majlis telah diserikan dengan kedatangan Ybhg Saudara Suhaizan bin Kaiyat dan YB Drs Khalil Idham Lim.

Menurut YB Khalil Idham Lim, PASTI merupakan satu institusi pendidikan yang mampu memasyarakatkan melalui apa yang diajar di dalam PASTI.PASTI telah diakui oleh pendidikan kebangsaan sebagai Kurikulum Pra Sekolah Islam Terbaik di Malaysia.Inilah merupakan aset dan ikon PASTI yang sebenar.

Wednesday, November 11, 2009

HULURKAN TANGAN


Penyelia Kawasan Kangar, Pengerusi PASTI Kawasan Kangar,2 orang guru dan Pengarah PASTI Negeri serta Bendahari PASTI Negeri melawat seorang pelajar PASTI Tarbiyatul Atfal, Kangar, Perlis.Adik Nur Najihah bt Kamal 5tahun.Baru selesai daripada pembedahan.

Adik Najihah mengalami pendarahan dalam otak akibat terjatuh di rumahnya.Dalam term medik "Intracranial hemorrhage".Koma selama 2minggu.Isnin depan genap 3miggu Adik Najihah berada di hospital.Keputusan terperinci belum diketahui kerana Doktor Pakar 2minggu lagi baru ada.

Jika Hospital Kangar, Perlis tidak mampu melakukan, Adik Najihah akan dihantar ke General Hospital, Penang. Keadaan Adik Najihah sekarang, sudah sedar cuma sebelah kiri badan agak lemah.Bahagian tempurung kanan diletak behampiran perut, bagi mengelakkan sel mati sebelum pembedahan seterusnya dilakukan.

Jika sesiapa berhajat ingin menolong Adik Najihah.Bolehla bank in ke dalam Akaun Maybank 152068825019.Dan maklumkan jumlahnya untuk rekod. (0134804310).Marilah kita sama-sama hulurkan tangan, ringankan beban keluarga Adik Najihah

Tuesday, November 10, 2009

Hi Tea & KONVOKESYEN PASTI KAWASAN

PASTI Kawasan Kangar & Padang Besar akan menganjurkan Hi-Tea pada 13 Nov (Jumaat) pukul 5 petang.Ia bertujuan bagi mengutip sumbangan sempena Pesta Konvokesyen yang bakal diadakan keesokkan harinya.

Tetamu undangan pada petang tersebut : YB Drs Khalil Idham Lim & Saudara Suhaizan Kaiyat.

Kupon hanya bernilai RM 10.Boleh diperolehi melalui PASTI kedua-dua kawasan dan juga boleh dapatkan daripada Pemuda Kangar & Padang Besar

**************************************************************

PASTI Kawasan Kangar akan mengadakan Konvokesyen PASTI Kangar.Ia adalah kerjasama 2 kawasan iaitu Padang Besar & Kangar.
Konvokesyen akan di adakan seperti berikut :

Tarikh ; 14 Nov 20009
Masa; 8.30 pg
Tempat: Balai Islam MADI

Sunday, November 1, 2009

PASTI Tarik Pelajar Tahun 1 kembali ke Kelas PASTI


KOTA BHARU, 28 Okt: Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) Malaysia akan memperkenalkan Kurikulum Kaafah (Kurikulum Asas Fardhu Ain dan Asas Fardhu Kifayah) dalam kurikulum pembelajaran Pasti.

Pengarahnya, Azrin Abd Majid berkata, kurikulum baru bermatlamat menarik semula kanak-kanak lepasan Pasti yang berada di tahap satu kembali semula ke Pasti.

"Mereka boleh mendapat pendidikan lanjutan dalam bentuk modul pendidikan Islam dan juga akademik selama 30 minggu setahun,"katanya di sini.

Katanya, pelancaran kurikulum itu nanti akan mencetuskan sejarah baru buat Pasti.

Menurutnya kurikulum Kaafah juga merupakan konsep usrah atau tuisyen kepada anak-anak yang berusia seawal tujuh tahun.

Beliau juga berkata, sambutan terhadap Pasti begitu menggalakkan termasuk anak-anak bukan Islam dihantar belajar di kelas Pasti.

"Kita juga menubuhkan Pasti khusus untuk anak-anak orang bukan Islam seperti di Kuala Kangsar, Perak iaitu anak-anak orang India yang tinggal di ladang di negeri itu.

"Kami juga mewujudkan Pasti di Bagan Nakhoda Omar Kelang, Selangor di mana seramai 20 pelajar anak kaum Tionghua,"katanya.

Manakala di Kelantan terdapat Pasti yang dibuka di kampung penduduk Siam.

Kata beliau Pasti membuka Pasti yang 'multiratio' bagi memberi pendidikan khusus kepada anak-anak di kawasan penduduk pelbagai kaum.

Beliau juga berkata, cabaran dengan wujudnya kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan projek Permata Negara pada peringkat awal ada sedikit kesan kepada Pasti.

"Namun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini Pasti menunjukkan lonjakan pertambahan pelajar yang sangat menggalakkan.

"Jelas berlaku pertambahan bilangan pelajar dengan adanya kerajaan Pakatan," katanya.

Mengenai sambutan 25 Tahun Pasti Malaysia, beliau berkata objektif sambutan itu bagi menghargai tenaga pencetus dan penggerak zaman awal penubuhannya.

Katanya, pencapaian Pasti selama 25 tahun dapat merapatkan ukhuwah di kalangan saf kepimpinan Pasti Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.

Sambutan itu akan diadakan 30 dan 31 Oktober ini bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV.

Perasmiannya akan dilakukan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Manakala pada malamnya akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahmuf Omar; Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaludin.

Dan pada 31 Oktober diadakan perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pasti Malaysia.

Gambar Sepanjang Sambutan Jubli Perak PASTI

Perasmian Sambutan Jubli Perak PASTI oleh YAB Menteri Besar Kelantan Darul Naim
Beroleh tempat ke-2 di dalam Gubahan Tembikai.Tahniah

PASTI Negeri Perlis menjadi Finalis 5 Pertandingan 3K (Keceriaan,Kebersihan & Keselamatan).

Saturday, October 31, 2009

SAMBUTAN 25 TAHUN PASTI PUSAT

Sambutan 25 Tahun PASTI telah berlangsung selama 2 hari iaitu 30&31 Okt 2009 bertempat Perkarangan Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu, Kelantan.

Antara aktiviti yang dijalankan:

30 Okt 2009
Pertandingan Membaca Rumi, Jawi dan Bahasa Inggeris (Antara PASTI Negeri)
Perlawanan Bola sepak Persahabatan antara ALP PASTI Malaysia dengan DPPN Kelantan
Ceramah Perdana

31 Okt 2009
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung KOPASTI
Pertandingan gubahan telekung,tuala dan buah tembikai. (Antara MGP Negeri)
Persembahan Khutbah
Persembahan Melukis
Persembahan Pidato
Persembahan Bercerita
Persembahan Azan
Persembahan Nasyid
Persembahan Sajak
Persembahan Hafazan

Wednesday, October 28, 2009

KUPON HI-TEA


KUPON HI-TEA & SUMBANGAN SEMPENA PESTA KONVOKESYEN PASTI
KAWASAN KANGAR dan PADANG BESAR

Tarikh : 13.11.2009
Masa : 5 petang
Tempat: Balai Islam MADI

Wednesday, September 16, 2009

Thursday, September 10, 2009

TEMUDUGA TERBUKA GURU PASTI

TARIKH : 27 September 2009
MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : Balai Islam MADI

Sila bawa bersama salinan IC, Sijil Akademik serta Sijil-sijil berkaitan

Tuesday, September 8, 2009

PEKELILING PENTADBIRAN

PEKELILING PENTADBIRAN


Perkara diatas adalah dirujuk.

Pihak tuan diminta mengambil tindakan diatas perkara-perkara berikut:-
Sila ambil tindakan yang sewajarnya.

Bil

Butiran

Tarikh

1

Cuti sempena Nuzul Quran

07.09.2009 ( Isnin )

2

Cuti sempena Hari Raya Aidilfitri

18 September sehingga 27 September 2009.

3

Peperiksaan akhir tahun

19 Oktober sehingga 22 Oktober 2009


Sebarang masalah sila hubungi saya (013-6289978). Perhatian yang tinggi serta kerjasama saudara amatlah dihargai.

Sekian untuk tindakan tuan-puan dan diakhiri dengan ‘ jazakumuLLah khairan kathira “


Sekian ,terima kasih.
“ GURU PENDIDIK SEPANJANG ZAMAN”
” PASTI FOR ALL ”

Yang Berusaha,

Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Perlis

Wednesday, August 5, 2009

PEKELILING INFLUENZA H1 N1 ( SELESEMA BABI )

Perkara di atas dirujuk.
Mengikut data terkini, penularan wabak H1 N1 ini telah mengorbankan tujuh nyawa di seluruh negara.Justeru, PASTI di semua peringkat dinasihati mematuhi langkah-langkah berikut :

a. Mendapatkan maklumat daripada media massa dan memberikan taklimat tentang bahaya wabak ini kepada semua guru dan murid-murid PASTI.
b. Mematuhi langkah-langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan berkenaan penjagaan kebersihan di semua premis PASTI.
c. Menasihati penjaga-penjaga supaya mengambil tindakan segera menghantar anak-anak menjalani pemeriksaan di pusat kesihatan jika dijangkiti demam.
d. Memasukkan slot doa mohon dihindarkan oleh ALLah swt. daripada wabak ini pada setiap perhimpunan pagi .
e. Tindakan menutup PASTI selama seminggu boleh diambil oleh pengurusan PASTI di peringkat cawangan jika terdapat murid-murid yang disahkan telah dijangkiti Influenza H1 N1 ( selesema babi ) ini.
Sekian untuk tindakan tuan-puan dan diakhiri dengan ‘ jazakumuLLah khairan kathira “

Sunday, July 5, 2009

PENDAFTARAN BARU PELAJAR PASTI


Sesiapa yang ingin mendaftar anak ke PASTI.Boleh menghubungi kpd kami d talian 019 478 3992 / 017 464 6844.

Sunday, June 28, 2009

SUKANEKA PASTI KANGAR


Sat jangan tarik lagi...semangat lebih sangat...


Tarik kuat-kuat adik upih tu...nanti menang dapat hadiah


Jaga-jaga lari dalam guni adik...guni tu besar nanti lemas...

Wednesday, June 3, 2009

Sukaneka PASTI Kawasan Kangar

Tarikh: 27 Jun 2009 (Sabtu)

Tempat: PASTI Al-Muttaqin, Behor Janggus, Jln Wang Ulu, Kangar.

Tentatif program:

8.00 pagi
- Pendaftaran

8.30 pagi
- Perbarisan pelajar-pelajar PASTI
- Majlis perasmian: Ketua DPPK Kangar, Sdr Moh Iqbal Syarif

9.00 pagi
* Kategori pelajar kecuali dinyatakan
- Sukaneka
- Upih F1
- Isi air dalam botol
- Boling nyok
- Guni millenium
- Rakit darat
- Makin jauh makin sayang
- Sudu imbangan
- Tarik tali (kategori ibu bapa)
- Anyaman wardina & kupas buah epal (kategori ibu bapa)
- Limbo rock (kategori terbuka)
- Mengail botol
- Music chair
- Bola sepak
- Bola jaring
- Boling nyok (kategori ibu bapa)
- Makin jauh makin sayang (kategori ibu bapa)
- Mengail botol (kategori guru)

11.30 pagi
- Majlis penutup / penyampaian hadiah

12.30 t/hari
- Bersurai

Monday, May 18, 2009

SELAMAT HARI GURU



Sajak yang dideklamasikan sempena Hari Guru PASTI Pusat, Tawau Sabah

GURUKU...

Guru oh guru ..
Dialah pemberi paling setia
Setiap alor ilmu pilihnya
Pelita dan lampu segala untuk manusia
Sebelum jadi dewasa

Dialah ibu, dialah bapa, dia juga sahabat
Alor kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi khidmat

Jika hari ini seorang guru diberi kuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden negara berdiri
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
Dengan lembut sabarnya
Mengajar, menulis, membaca, mengira

Dimana pada dia berdiri
Di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di pinggir kota
Dia adalah guru mewarisi seribu ilmu

Semakin terpencil duduknya diceruk desa
Semakin bererti jasanya pada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu

Guruku...
Budi yang dilambungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat
Cikguku.... Guruku....
Ingatan kekal terpahat hingga ke akhir hayat

Saturday, February 21, 2009

Pisang


Siti, guru kelas PASTI menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Siti. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Siti sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Siti. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Siti.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...